floating icon




Friday, June 10, 2011

Contengan Jalanan..

Assalamualaikum..
bukan dtg utk membuat review..
cuma mahu berkongsi..a few quotes dr contengan jalanan yg 2-3 minggu nih byk membelenggu pemikiran aq..
x dinafikan..kisah fend n k2 mmg benar2 membuka hati aq..
menangis..bukan menangis sebab cinta terlarang coz hlovate bukannyer novelis cinta lovey dovey..
tp menangis mengenangkan diri yg masih bingung, masih blur, yg masih cetek dgn ilmu agama..
kisah fend n k2 lebih menusuk hati aq dari kisah AO n minn..aq pon x pasti kenapa..
anyway, thanks n congrats hlovate..

..Muzik itu adalah bahasa yang ungkapanya tak perlukan kata-kata

..Masa tak pernah menunggu manusia

..Kalau bersama waktu susah senang dan makan berkongsi pinggan, tu baru namanya kawan sepanjang zaman

..Cinta pada seni memang mudah;cinta yang tak perlu bersambut dan rasanya tetap juga indah

..The man that decided to change on 12th hour dies on the 11th

..Yang nyata, kasih sayang memang melengkapkan bahagia. Tak kisahlah dalam bentuk apa atau daripada siapa

..Cukupkah sekadar harta, kerja dan keluarga jagi sebab untuk berputih mata kalau itu hajat yang tak tercapai sebelum tinggalakn dunia

..Hidup di dunia ini seperti perjalanan yang terlalu panjang and terlalu banyak perhentian sementara, hingga kadang2 terlupa sebenarnya diri ini nak ke mana

..Kena merancang masa depan kalau nak senang. Tapi duit itu bukan dibuat kiblat, hanya dibuat alat

..Kalau ada kemahuan dan usaha, 'halangan' tu adalah satu perkataan yang tak ada makna apa2

..Masalah takkan selesai dengan hanya main falsafah

..Hidup tak ada cita2 itu namanya hidup sia-sia

..Semua org sebenarnya sama saja, tak ada beza. Tapi kehendak diri sendiri yang sebenarnya mampu buat kita jadi luar biasa

..Biarlah kerja lelah asalkan masih boleh ketawa, daripada kerja tapi berendam air mata

..Sungguhla org kata, nikmat yg ada takkan terasa selagi ianya tak lenyap daripada depan mata

..Perasaan apabila terjaga dari minpi, itu namanya realiti

..Kalau kompas tersilap arah, perlu berpatah balik walaupun payah

..Benih baru nak bangkit disiram dengan air dan baja.Hati baru nak bangkit kena disiram dengan apa?

..Kalau org kata nak buang tatu di kulit tu sakit, nak buang tatu dosa di hati lagi perit

..Tunjukkanlah kami jalan yang lurus~ (al-Fatihah: 6)

..Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezeki-Nya.Dan hanya kepada-Nyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan ~ (al-Mulk:15)

..Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan kerana kejahilannya, kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ~ (an-Nahl:119)

..Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. ~(al-An'aam:162)

..Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran (seperti ketentuan yang tertulis di lohmahfuz sebelum kejadian mereka). Dan perintah Kami (ke atasnya) hanyalah satu perkataan seperti sekelip mata. ~(al-Qamar:49-50)



*Chapter 48*


The man who dicided to change on the 12th hour dies on the 11th.
Hampir sungguh rasanya cerita itu dengan diri.
Tapi Chad tak pergi di jam kesebelas, alhamdulillah. Chad sempat cari erti hidup, alhamdulillah.
...
...
...
Dear sis,
We met for a reason.
He guided me through you.
He made me decide
to change on the 10th hour.
Though chances are that we're never
going to meet again,
I thank you.

Dearest Chad,
Aku rindu kau.
Aku sayang kau.
Ada rezeki kita masuk syurga,kita jumpa kat sana, bro.

...
...
...
Allah telah pastikan di lohmahfuz, untuk dituliskan bahawa ajal Chad adalah pada 1 Syawal,selepas dia selesai solat zuhur. Telah dituliskan di takdirnya yang hayat Chad hanya 25 tahun yang masih muda. Telah dituliskan di takdirnya yang nyawanya meninggalkan jasad setelah bermaafan dengan kaum keluarga. Telah dituliskan di takdirnya bahawa motor Tok Wan akan bertemu hentaman lori kuari haram pada hari raya dengan Chad ditengah-tengahnya. Telah dituliskan di takdirnya bahawa Chad hanya akan pulang kepada Dia setelah mula kenal semula Dia itu siapa.
Hisab dan timbangan amal itu semuanya di bawah kuasa Allah. Moga-moga Allah sayang Chad dam mudahkan urusannya di sana.
...
...
...
Pulanglah pada Dia, Chad. Moga kepulangan yang bukan sia-sia.
Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.
Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan
sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya
kepada Kamilah kamu dikembalikan. ~ (al-Anbiyaa':35)







credit: contengan jalanan by Hlovate



with love,
SadaqahAmal :)

4 comments:

  1. aku x abeh bace lg mal..yg qoute awsal2 tuh aku familiar...keke

    ReplyDelete
  2. waaaaahhh amal! aku bru nak drop by kat blog hang! waaaaaaaahhhh hebatnyeee blog amal! i loooiikkkee!!! eheheheh! cayalah amal! <3<3<3

    ReplyDelete
  3. Nice , samala kita.. can't stop thinking about it..
    Dan masih tertanya-2.. siapakah di sebalik nama HLOVATE?
    Tabik ar!

    ReplyDelete
  4. Dear Amna,
    kannnn??? hehe..novel hlovate mmg sentiasa lain dr yg lain..tuk org yg dh jemu kisah cinta cintun kena la baca hlovate pya buku :) ..anyway, salam perkenalan :) n sorry for da late reply :(

    ReplyDelete

Pages