floating icon




Sunday, January 29, 2012

Dia kekasih hatiku :)

Assalamualaikum



bersyukurlah kerana kita ada kekasih yg sentiasa bersama kita 24/7 :)
mengadulah pada Kekasih kita yg satu..InsyaAllah hati akan sentiasa tenang..dan yg pastinya Cinta ini akan membawa kita ke syurga..InsyaAllah..

Pernah aq tertanya2 macam mana nk mencintai Allah s.w.t dan Rasululluh s.a.w. lebih dr segala-galanya..

siap pernah tanya TokDing (bkn nama sebenar) lagi..n dia kata zaman skrng nih dgn segala hiburan,maksiat segala bagai, ramai yg susah nk kearah itu..

mmg betul jugak kata dia..kita sekarang byk melebihkan dunia dari akhirat..(bkn kita,saya!). Mmg aku akui.Sebab itu aq perlukan perubahan..bak kata Hana Abdul " Istiqamah dengan perubahan yang sedikit secara berperingkat" .. :)

tapi mana boleh kita tidak mencintai Pencipta kita lebih dari segala-galanya..Dia Yg Satu Dia Yg Maha Esa..
n bila aq baca terjemahan kitab Mukashafah Al-Qulub..segala persoalan terjawab..

Allah s.w.t berfirman maksudnya:
"Katakanlah, jika kamu menyintai Allah maka ikutilah aku nescaya Allah akan mengasihanimu..."

Ketahuilah bahawa mahabbah seorang hamba kepada Allah dan Rasul-Nya bererti ketaatan dan kepatuhannya pada Allah dan Rasul-Nya. Adapun mahabbah Allah kepada hamba adalah pemberian nikmat-Nya kepada hamba itu berupa ampuan. Dikatakan bahawa jika seorang hamba tahu kesempurnaan yg dia lihat dari dirinya atau dari orang lain adalah dari dan berkat pertolongan Allah jua, tentu Cintanya hanyalah untuk Allah. Dia taat kepada-Nya dan suka sesuatu yang dapat mendekatkan dia kepada-Nya. Untuk kemudian mahabbah itu wujud pula dalam bentuk taat dan patuh kepada Rasulullah s.a.w dalam ibadahnya.

Al-Hasan telah berkata: Beberapa kaum di zaman Rsulullah s.a.w berkata, "Ya Muhammad! Sungguh kami mengasihi Tuhan kami." Kemudian Allah menurunkan ayat tersebut

Dirawikan dari Basyir al-Hafei r.a dia berkata : Dalam tidur aku melihat Nabi s.a.w. Beliau berkata, "Wahai Basyir! Tahukah engkau sebab apa Allah mengangkatmu melebih teman-temanmu?" Basyir menjawab, " Tidak wahai Rasulullah." Lalu baginda berkata, "Adalah disebabkan khidmatmu kepada orang-orang soleh, nasihatmu untuk saudara-saudaramu, mahabbahmu kepada sahabatmu dan ahli sunnahku serta engkau mengikuti sunnahku." Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa menghidupkan sunnahku bererti menyintaiku. Dan barangsiapa menyintaiku akan bersamaku pada hari Kiamat di Syurga."

...
...
...

Telah berkata Sufyan r.a "Siapa suka orang yg suka Allah, bererti dia suka Allah. Siapa memuliakan orang yang suka Allah, sama dengan dia memuliakan Allah." Telah berkata Sahal r.a, " Tanda cinta Allah adalah cinta al-Quran. Tanda cinta Allah dan al-Quran adalah cinta Nabi s.a.w. Dan tanda cinta Nabi adalah cinta sunnah. Lalu tanda cinta sunnah adalah cinta Akhirat. Tanda cinta Akhirat itu benci dunia dan dia hanya mengambil untuk sekadar bekal ke Akhirat."

dipetik dari : Terjemahan Kitab Mukashafah Al-Qulub.Penenang jiwa; Pengubatan & Rawatan Imam Al-Ghazali.

setiap kali aq baca terjemahan kitab nih..sungguh,hati aku rasa tenang.. :)
dan skrng aq sedang berusaha untuk lebih mengenali yg Maha Pencipta..
sedikit demi sedikit nak cuba buang hiburan dunia dari kehidupan seharianku,
bykkan berzikir dan selawat..banyakkan membaca buku2 ilmiah..u can do it Amal.InsyaAllah.. :)

Wallahu a’lam

May Allah s.w.t bless~~

Salam

Mukmin vs Munafik

Rasulullah s.a.w pernah ditanya perihal org mukmin dan org munafik. Kemudian beliau menjawab:

"Sesungguhnya org mukmin himahnya dalam solat dan puasa. Sedangkan org munafik himahnya pada makanan dan minuman bagai binatang, di samping meninggalkan solat dan ibadah yg lain.

Org mukmin sibuk bersedekah dan meminta ampun. Sedangkan org munafik terlena oleh kerakusan dan angan-angan

Org mukmin memutuskan harapan kepada segala sesuatu selain Allah. Tetapi org munafik megharapkan kepada segala sesuatu selain Allah.Org mukmin mengorbankan segala sesuatu untuk agama. Sedangkan org munafik mengorbankan agama untuk harta.

Org mukmin aman dari segala sesuatu selain Allah. Tapi org munafik takut kepada segala sesuatu selain Allah.

Org mukmin selalu berbuat baik dan menangis. Sedangkan org munafik selalu berbuat jahat dan tertawa.

Org mukmin suka menyendiri dan menyepi. Tetapi org munafik suka bergaul beramai-ramai.

Org mukmin menanam dan takut binasa. Sedangkan org munafik suka mencabut dan mengentam saja.

Org mukmin berdakwah demi kebaikan agamanya. Sedangkan org munafik berdakwah demi keuntungannya dan merosakkan agama. Bahkan org munafik memerintahkan kemungkaran dan melarang yg makruf."

Sebagaimana yg termaktub dlm firman Allah yg bermaksud:

" Orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan, setengahnya serupa dengan yang lain. Mereka menyuruh yang mungkar dan melarang menperbuat yang makruf, mereka menggenggam tanganya (bakhil). Mereka melupakan Allah dan Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orng-orng munafik itu , ialah orang-orang fasik. Allah telah menjanjikan Neraka Jahanam untuk orng-orng yg munafik lelaki dan orng-orng munafik perempuan dan orng-orng kafir serta kekal di dalamnya. Itu cukup (untuk balasannya), Allah mengutuki merekam dan untuk mereka seksaan yg abadi."

(Surah at-Taubah: 67-68)

Dan dalam ayat yg lain Allah juga berfirman yg maksudnya:

"....sesungguhnya Allah menghimpun orang-orang munafik dan orang-orang kafir sekeliannya dalam Neraka Jahanam."

(Surah an-Nisa' :140)

Yakni apabila mereka mati dalam kekufuran dan kemunafikan mereka. Ada pun orang-orang munafik mendahulukan kerana mereka lebih buruk dan jahat daripada orang-orang kafir. Allah berfirman maksudnya:

" Sesungguhnya orang-orang munafik di tingkat yang paling bawah dalam Neraka, sedangkan engkau tidak memperolehi penolong untuk mereka itu."

(Surah an-Nisa' : 145)

...
...

...

...

Tersebut pula dalam hadis bahawa Jibril a.s datang kepada Rasulullah s.a.w. Kemudian beliau bertanya, " Wahai Jibril terangkan kepadaku tentang Neraka dan panasnya!" Lalu Jibril berkata,

"Sesungguhnya Allah menciptakan Neraka dan Dia menyalakannya seribu tahun sehingga memerah. Lali dinyalakan lagi seribu tahun sehingga memutih. Dia nyalakan lagi seribu tahun sehingga menjadi hitam. Hitam pekat dan gelap. Demi Zat yang mengutusmu sebagai nabi. Seandainya sehelai pakaian ahli Neraka ada di atas bumi, tentu ahli bumi akan mati semua. Dan seandainya setimba daripada minuman mereka ditumpahkan ke air bumi, tentulah mati semua orang yg meminumnya. Dan seandainya sepotong rantai Neraka diletakkan di atas gunung dunia, hancur leburlah dia. Dan seandainya saja seseorang masuk ke Neraka kemudian dikeluarkan lagi ke dunia, tentu ahli bumi ini mati semua kerana bau busuknya."


Kemudian Nabi bertanya lagi kepada Jibril, " Wahai Jibril, ceritakan kepadaku tentang pintu-pintu Jahanam, apakah ia sama dengan pintu-pintu kita ini?" Kemudian Jibril menjelaskan,

"Bukan ya Rasulullah. Tetapi tingkatan sebahagiannya lebih rendah daripada sebahagian yang lain. Dari satu pintu ke pintu lain memakan waktu perjalanan tujuh puluh tahun. Tiap pintu lebih panas daripada pintu sebelahnya berlipat tujuh puluh kali."

Kemudian nabi bertanya tentang penduduk pintu-pintu itu. Maka Jibril menjawab,

" Pintu terbawah, di sanalah tempat orang-orang munafik. Namanya Hawiyah. Seperti yang disebutkan dalam firman Allah:

" Sesungguhnya orang-orang munafik dalam Neraka yang paling bawah."

(Surah an-Nisa' : 145)

Pintu kedua tenpat orang-orang musyrik. Namanya Jahim. Pintu ketiga tempat As Shabiun (orang-orang yang menukar agamanya). Namanya Saqar. Pintu keempat tempat iblis dan pengikutnya daripada golongan orang majusi. Namanya Ladha. Pintu kelima tempat orang-orang Yahudi namanya Huthamah. Pintu keenam adalah tempat orang-orang Nasrani namanya Sair. Kemudian, Jibril terdiam. Maka Rasulullah segera bertanya lagi, " Mengapa engkau tidak menceritakan penduduk pintu ketujuh?" Lalu Jibril menjawab, " Wahai Muhammad, janganlah enagkau bertanya kepadaku tentang itu." "Ceritakanlah kepadaku." Desak Nabi. Kemudian Jibril berkata: " Di situlah tempat orang-orang sombong dari umatmu yang mati sebelum bertaubat."

dipetik dari : Terjemahan Kitab Mukashafah Al-Qulub. Penenang Jiwa ; Pengubatan & Rawatan Imam Al-Ghazali

SubhanaAllah......

Terfikir aq sejenak..adakah aq tergolong dalam kalangan orang-orang munafik? Ya Allah, jauhkanlah aq dari ciri2 orang munafik..Sahabat-sahabatku, ingatlah bahawa orang munafik lagi rendah darjatnya di sisi Allah dari orang2 kafir..

"Ada pun orang-orang munafik mendahulukan kerana mereka lebih buruk dan jahat daripada orang-orang kafir"

Ya Allah! jauhkanlah kami dari Neraka dan seksaanya serta segala perbuatan yang mendekatkan kami kepadanya. Masukkanlah kami ke Syurga brsama-sama orang yang beruntung mendapat rahmat-Mu.

Semoga kita di tempatkan di kalangan orang-orang mukmin di akhirat kelak..Amin ..

Wallahu a’lam...

May Allah s.w.t bless~~

Saturday, January 21, 2012

Lupa kepada Allah s.w.t

Abu Ali Ad Daqaqi berkata:
"Aku datang menjenguk lelaki soleh sedang sakit. Dia dikerumuni oleh murid-murindnya. Dia memang seorg guru besar. Ketika itu dia kelihatan menangis. Padahal umurnya memang sudah lanjut. Maka kutanya dia, "Wahai Syeikh, apakah engkau menangisi dunia ini?" Dia menjawab, "Bukan. Aku menagis kerana aku tidak boleh melakukan solat lagi." Aku bertanya lagi, " Mengapa demikian, padahal engkau telah banyak solat. Dia menerangkan, "Kerana ini hari terakhir bagiku. Padahal aku sujud dalam keadaan lalai. Aku angkat kepalaku pun dalam keadaan lalai. Jangan-jangan aku mati dalam keadaan lalai juga." Kemudian dengan nafas terputus-putus dia membacakan syair:

Kufikirkan hari perhimpunan dan Kiamat
Juga tertanamnya pipiku di bawah pusara
Sendirian, tanpa teman, setelah mulia dan jaya
Tubuhku tergadai dengan tanah liat
Kurenungkan panjang dan lebarnya hisab
Juga hinanya makamku waktu diberi kitab
Namun harapanku kepada Engkau
Wahai Tuhanku
Wahai Penciptaku
Engkau ampuni kesalahanku..


Tersebut dalah hadis daripada Rasulullah s.a.w., beliau bersabda:

"Tertulis di Arasy, 'Aku menuruti orang yang taat kepada-Ku. Aku menyintai orang yang menyintai-Ku. Aku kabulkan orang yang berdoa kepada-Ku. Dan Kuampuni orang yg memohon ampun kepada-Ku."

Dipetik dari : Terjemahan kitab Mukashafah Al-Qulub :Penenang jiwa;Pengubatan dan Rawatan oleh Imam Al-Ghazali


MasyaAllah..seorg lelaki soleh yg sentiasa tidak pernah lupa atau leka dengan perintahNya masih meratapi segala dosa dan kekurangannya dalam mengadbikan diri kpd Allah..sedangkan aq hamba yg sgt hina ini masih lagi leka dibuai hiburan dunia semata-mata..Masih lagi kadang2 terlupa siapa Pencipta aq yang sebenarnya dan kepadaNya lah akan ku kembali..
Ya Allah kuatkanlah iman di hati hambaMu ini..


~~Hendaklah orang yg berakal taat kepada Allah dengan takut dan ikhlas. Redha terhadap kepurusan-Nya. Sabar atas bala-Nya. Syukur atas nikmat-Nya serta menerima atas pemberian-Nya~~


Wallahu a’lam...

Pages