floating icon




Sunday, January 29, 2012

Dia kekasih hatiku :)

Assalamualaikum



bersyukurlah kerana kita ada kekasih yg sentiasa bersama kita 24/7 :)
mengadulah pada Kekasih kita yg satu..InsyaAllah hati akan sentiasa tenang..dan yg pastinya Cinta ini akan membawa kita ke syurga..InsyaAllah..

Pernah aq tertanya2 macam mana nk mencintai Allah s.w.t dan Rasululluh s.a.w. lebih dr segala-galanya..

siap pernah tanya TokDing (bkn nama sebenar) lagi..n dia kata zaman skrng nih dgn segala hiburan,maksiat segala bagai, ramai yg susah nk kearah itu..

mmg betul jugak kata dia..kita sekarang byk melebihkan dunia dari akhirat..(bkn kita,saya!). Mmg aku akui.Sebab itu aq perlukan perubahan..bak kata Hana Abdul " Istiqamah dengan perubahan yang sedikit secara berperingkat" .. :)

tapi mana boleh kita tidak mencintai Pencipta kita lebih dari segala-galanya..Dia Yg Satu Dia Yg Maha Esa..
n bila aq baca terjemahan kitab Mukashafah Al-Qulub..segala persoalan terjawab..

Allah s.w.t berfirman maksudnya:
"Katakanlah, jika kamu menyintai Allah maka ikutilah aku nescaya Allah akan mengasihanimu..."

Ketahuilah bahawa mahabbah seorang hamba kepada Allah dan Rasul-Nya bererti ketaatan dan kepatuhannya pada Allah dan Rasul-Nya. Adapun mahabbah Allah kepada hamba adalah pemberian nikmat-Nya kepada hamba itu berupa ampuan. Dikatakan bahawa jika seorang hamba tahu kesempurnaan yg dia lihat dari dirinya atau dari orang lain adalah dari dan berkat pertolongan Allah jua, tentu Cintanya hanyalah untuk Allah. Dia taat kepada-Nya dan suka sesuatu yang dapat mendekatkan dia kepada-Nya. Untuk kemudian mahabbah itu wujud pula dalam bentuk taat dan patuh kepada Rasulullah s.a.w dalam ibadahnya.

Al-Hasan telah berkata: Beberapa kaum di zaman Rsulullah s.a.w berkata, "Ya Muhammad! Sungguh kami mengasihi Tuhan kami." Kemudian Allah menurunkan ayat tersebut

Dirawikan dari Basyir al-Hafei r.a dia berkata : Dalam tidur aku melihat Nabi s.a.w. Beliau berkata, "Wahai Basyir! Tahukah engkau sebab apa Allah mengangkatmu melebih teman-temanmu?" Basyir menjawab, " Tidak wahai Rasulullah." Lalu baginda berkata, "Adalah disebabkan khidmatmu kepada orang-orang soleh, nasihatmu untuk saudara-saudaramu, mahabbahmu kepada sahabatmu dan ahli sunnahku serta engkau mengikuti sunnahku." Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa menghidupkan sunnahku bererti menyintaiku. Dan barangsiapa menyintaiku akan bersamaku pada hari Kiamat di Syurga."

...
...
...

Telah berkata Sufyan r.a "Siapa suka orang yg suka Allah, bererti dia suka Allah. Siapa memuliakan orang yang suka Allah, sama dengan dia memuliakan Allah." Telah berkata Sahal r.a, " Tanda cinta Allah adalah cinta al-Quran. Tanda cinta Allah dan al-Quran adalah cinta Nabi s.a.w. Dan tanda cinta Nabi adalah cinta sunnah. Lalu tanda cinta sunnah adalah cinta Akhirat. Tanda cinta Akhirat itu benci dunia dan dia hanya mengambil untuk sekadar bekal ke Akhirat."

dipetik dari : Terjemahan Kitab Mukashafah Al-Qulub.Penenang jiwa; Pengubatan & Rawatan Imam Al-Ghazali.

setiap kali aq baca terjemahan kitab nih..sungguh,hati aku rasa tenang.. :)
dan skrng aq sedang berusaha untuk lebih mengenali yg Maha Pencipta..
sedikit demi sedikit nak cuba buang hiburan dunia dari kehidupan seharianku,
bykkan berzikir dan selawat..banyakkan membaca buku2 ilmiah..u can do it Amal.InsyaAllah.. :)

Wallahu a’lam

May Allah s.w.t bless~~

Salam

No comments:

Post a Comment

Pages