floating icon




Saturday, July 5, 2014

March, 28. 2014

Dan akhirnya...
Si merpati datang menyampaikan berita
yang aku sudah hilang gemawan buat selama-lamanya
Kau tak tahu betapa gembiranya aku
Hilang orang yang mengisi setiap puisiku
Mereka tanya "engkau tak rasa apa-apa?"

Aku kata
" ini yang aku pinta setelah sekian lama..
   untuk hilang dari hidupnya...
   untuk kembali menjadi aku yang lama
   aku yang tidak kisah tentang cinta.."

Sungguh aku gembira
Hingga tiada air mata yang jatuh kerananya
Aku bangga..
Kerana baru ku sedar, aku ini kuat juga orangnya


blue hydrangea ..calm, peace, thankfulness to a person with an understanding nature



"Whoever you meet
You have to be happier
As much as the pain you caused me"

good luck to you 





Monday, June 30, 2014

...



Will you be alright? even if I'm not by your side?
You get lonely easily so even if you're alone

Will you be alright? without a person to argue with
Without a person to joke around and laugh with
If it's okay with you..

Think of it twice, think it through again
If you leave me, will you really be alright without me?
Because you're clumsy at everything without me
Because the you that I know is like a child













Saturday, June 14, 2014

hargai sementara masih ada

SALAM

tak tahu mana nak start..haha
tapi yang pasti entry ni akan jadi panjang..


lately nih ramai jugak kawan2 yang agak terkejut bila aku kata nak balik kampung..
ye la..amal yang dorg kenal dari zaman undergrad memang jarang balik kampung..tapi lately ni rajin benor balik..

haritu waktu balik rumah oren, baba mama tanya bila pulak nak balik ni..
jawapannya "tengokklah..raya la kot" acah tak acah je nak jawab

tapi baru 2 hari KL terus decide awal puasa nak sambut kat rumah oren lah.

selalu macam tu
SELALU

bila berjauhan baru rasa aura rumah oren tu sangat kuat.

aku selalu rasa takut bila kadang-kadang ada terima berita kematian dari kawan-kawan
"ayah aku dah takde"
"mak aku sakit sekarang..kat hospital."

frankly speaking, aku still tak dapat bayang kalau akulah orang yg menyampaikan berita tu pada kawan-kawan lain..
AKU MASIH TAK BERSEDIA
ajal maut di tangan tuhan.
bila-bila masa je Dia boleh tarik semua ni

TAPI AKU MASIH BELUM BERSEDIA
selalu terfikir..apa akan jadi kalau mama dan baba takde disisi
dan pernah juga bagitau mama yang aku belum bersedia

dan mama pun selalu je cakap
"nanti kalau mama dah takde........"
"nanti kalau mama pegi dulu sebelum baba....."

sungguh kadang-kadang rasa nak meraung je
tapi ini realiti sebenar kehidupan..
nak tak nak, sedia atau tidak kau kena terima jugak.

aku selalu terfikir,
kalau kita terlalu rapat dengan parents kita, one day bila dorang dah takde, mesti kita rasa kehilangan yang paling perit sekali
dan kalau kita tak rapat dengan parents kita, bila mereka pergi mengadap Illahi nanti, mesti kita akan rasa menyesal.

maka sekarang kau pilih
kau nak all out sayang parents kau atau kau nak menyesal suatu hari nanti?

aku mengaku.
aku memang anak manja. kadang-kadang kalah si widad yang bongsu tu
biar orang kata anak mak
biar orang kata sikit-sikit mak dia
biar orang kata
yang penting aku tak sia-siakan anugerah dari Allah ini.

untuk tidak rasa menyesal di kemudian hari
aku sentiasa cuba untuk selalu ada dengan baba,mama,family setiap kali balik kampung
sentiasa fikir ada ke 'event' yang aku boleh buat untuk ceriakan diorang. untuk buat dorg rasa dihargai.
sentiasa cuba
dan kadang-kadang tergagal jugak..sigh (ini semua salah internet)

buang ego!
sentiasa mohon kemaafan dari dorg.kita tak tahu kadang-kadang tindakan kita mengguris hati dorang.
hug n kisses for them
peluk cium sampai kadang-kadang mama pun naik rimas.HAHA

say ' I LOVE YOU' dimana saja anda berada..
yang ni aku selalu GAGAL bila part baba. ini bukan ego, tapi lebih kepada malu?
i love you mama itu selalu
tapi i love u baba itu 'tak mahu'
KENAPA?
aku rasa bukan aku sorang je yang susah benor nak tunjukkan kasih sayang kat seorang ayah
kan??

lepas ni sila ubah perangai malu tu. kesian seorang ayah.
tapi aku tahu dan aku harap baba sedar yang anak baba ni sayang gila kat baba tahap infiniti
walaupun aku tak pernah cakap face to face 'i love u baba'

dan aku tahu baba sayang aku walaupun dia tak cakap
sebab setiap kali aku balik, baba telah berjaya membesarkan aku sekilo dua dengan segala makanan kegemaran..
tak minta, tapi dia tahu apa yang anak dia suka (thanks for the baby pro and iphone too T_T)
kalau sakit dia yang gagah keluar cari ubat
semua baba.

baba n mama dah banyak sangat berkorban jiwa,raga,duit segalanya untuk kami berempat
terlalu banyak sehinggakan aku rasa aku tak mampu nak bayar balik
hanya Allah dapat membalas jasa baba mama


tadi aku kata aku belum bersedia
sekarang aku cuba untuk bersedia
dengan mula menjadi seorang 'anak',
mula menjalankan tugas sebagai seorang anak,
semua orang ada title anak,
tapi tak semua orang boleh jadi seorang 'anak' yang diberkati oleh ibu dan bapanya.

moga kita tergolong dalam kalangan 'anak-anak' yang sentiasa diredhai Illahi.
ibu bapa itu anugerah dari Illahi
pinjaman yang hanya sementara
bila mereka dipanggil mengadap Illahi
terima dengan hati terbuka
sabar dan redha
mari menjadi seorang anak yang dapat membahagiakan kedua ibu bapa kita
semoga kita tidak menyesal di saat mereka pergi tinggalkan kita selamanya

Hargailah sementara masih ada.



SALAM


*Dear amal, mohon pi beli tiket balik 'sambut puasa' sekarang jugak








Thursday, June 12, 2014

thebeautylalala turned 2!!!

Salam and greetings

Last night i got an email from tumblr..

"THIS IS THE REALITY TURNED 2 TODAY!!!"

dunno if tumblr wanna congratulate me or they just want to remind this 'short-term memory' blogger
anyway, think positive! heh




So.. my tumblog turned 2 today..wow!! *insert fireworkssss*
How time flies phewww

I used to have 2 tumblog but i deactivated one of them due to my 'hectic' life..hectic la sangat kann...
I meet zillliooonnn of strangers on tumblr..*tipu*
tak la ramai, tapi mereka masih strangers..
nura dengan cahyer antara contoh strangers yang masih lagi keep in touch sehingga ke harini..dah brapa lama ktorg kenal..4 tahun?? tumblog pertama lahir pada tahun 2009 rasanya..tapi telah didelete oleh tuannya 2 tahun lepas sebab tetiba thebeautylalala muncul membuat onar.

no regret.
no regret.
I'm happy with thebeautylalala right now.. :)




Terima kasih tumblr
Terima kasih thebeautylalala
kerana anda saya masih mampu tersenyum dikala suka dan duka..heh
bila rasa stress time writing, reading, ... ... ...
mesti nak cari tumblr jugak

sooting. relaxing. stress-free
natural medicine?

tehee



Thank you for all the beautiful pictures, inspiring quotes, joy and pain, nonsense humour jokes and quotes, extremely funnehh gifs and videos,  brilliant 'pun' jokes??!! haha...dan ramai lagi

Thank you


and to thebeautylalala..
Don't worry my dear, i'll never 'deactivate' you. HAHAHA







Salam

*malas nak edit print-screen..deal with it [-.-"]

Friday, June 6, 2014

Dear Baba Mama


Terima kasih kerana sentiasa kuat untuk keluarga kita

Terima kasih untuk Rumah Oren yang sangat selesa

Terima kasih kerana menerima kekurangan kami berempat seadanya

Terima kasih atas segala ilmu dan nasihat

Terima kasih untuk segalanya


Hanya Allah yang mampu membalas jasa baba dan mama
Semoga sentiasa dirahmatiNya
Doakan yang terbaik buat anak no.3

Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Bapa



MAY 29, 2014, 16:47


Thursday, February 6, 2014

sepi

Bila ditanya
Mereka kata dia penuh gelak ketawa
Tetapi...realiti sebenar
Sepi dan duka penghias hidupnya
Langit sepinya diselebungi awan tawa

Bila 'memori' diungkap semula
Roboh semua tiang 'kekuatan' yang dibina
Gelap malam menjadi saksi tangis hibanya
Kerana 'ia' pergi menyepi tanpa kata-kata

kini....

Hampir tujuh bulan
Saat ini, bilik gelap ini menjadi saksi
Pertama kali aku menangis kerana dia
Dan hanya satu yang aku pasti, aku rindu dia



Ini kisah aku, yang hipokrit tentang 'ia'

Ini yang kau kata 'love and misadventure'?
Aku terima seadanya...




Pages